TERKINI : Fitnah Zuraida Terhadap Saya Sangat Spesifik!! – Saifuddin Nasution

KAJANG – Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tujuan surat tuntutan saman yang dikemukakannya kepada Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin adalah disebabkan oleh ucapan fitnah terhadap beliau pada makan malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, pada Disember tahun lalu.

Saifuddin berkata dua tuduhan dibuat Zuraida sebelum ini, membabitkan dakwaan berkaitan kerajaan Kelantan serta Tabung Tok Kenali membabitkan dana jutaaan ringgit.

“Tuduhan keatas saya itu sangat spesifik dalam ucapan yang diberikan bahawa saya menerima berjuta ringgit daripada kerajaan Pas Kelantan sewaktu saya berkhidmat di Kelantan. ”

(Tuduhan) saya dibayar berjuta ringgit oleh Tabung Amanah Tok Kenali, itu spesifik dia (Zuraida) sebut. Untuk Zuraida memberi kenyataan seperti itu dan rakan pemimpin kata boleh tarik balik, saya tahu saya tidak ambil duit itu.

“Ini perlu diberikan noktah dan itu sahaja tujuannya (saman), berpolitik boleh tapi kena jaga hemah dan adap,” rasmi Kempen Beli Barangan Malaysia di Tesco Extra, Kajang hari ini.