Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof hari ini merasmikan Program SMEs Global dan SME Co- Investment Partner (SCIP) bagi meningkatkan akses PKS tempatan kepada pembiayaan dan pasaran.

Kedua-dua program ini merupakan usaha kementerian itu untuk memperkasakan lagi bantuan dan sokongan kepada Perusahaa Kecil dan Sederhana (PKS) sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di bawah Teras Ekosistem Perniagaan dan Industri.

Kedua-dua program ini juga menurut Redzuan demi memastikan PKS menyumbang 50 peratus terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang sepuluh tahun lagi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast