Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengesahkan Pulau Pinang masih bersih daripada kes 2019 novel coronavirus (2019-nCoV).

Dalam satu kenyataan, kementerian berkata setakat hari ini, tiada kes positif 2019-nCoV dikesan di Pulau Pinang, setakat ini.

“Untuk makluman, setakat hari ini tiada kes yang disahkan positif 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) di Pulau Pinang.

“Juga tidak ada pelancong dari negara China yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang,” kata KKM dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak Isnin lalu, mesej mengenai dua warga China telah dijangkiti koronavirus di Hospital Seberang Jaya (HSJ) tular di aplikasi WhatsApp.

Mesej itu turut menyatakan HSJ telah membuka wad pengasingan bagi tujuan kuarantin untuk pesakit tersebut. -MalaysiaGazette