Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof bersama Pengawai MAIWP, Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee (kanan) menyempurnakan gimik pelancaran pada Soft Launch Residensi MAIWP di Sekolah Rendah Agama Saidina Ali di Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 31 JANUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mujahid Yusof berkata, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempunyai sekurang-kurangnya empat kes pembohongan atau fitnah terhadapnya sejak mengambil alih Tabung Haji (TH) pada 2018.

Satu daripada empat kes itu sudah difailkan di mahkamah dan sesi pendengaran sebutan kes didengar pada 20 Februari ini, katanya.

“Saya nak ingatkan kepada Ketua Pergerakan Pemuda (UMNO), saya ada kes dengan dia di mahkamah, dia akan masuk mahkamah 20 Februari ini.

“Dia begitu konsisten membuat pembohongan kepada saya, pertama, dia pernah berkata, bahawa TH keluarkan pegangannya dalam TH sebanyak RM2.6 bilion, bohong.

“Kedua, dia kata hubungan kerajaan Arab Saudi dengan Malaysia dingin sejak Pakatan Harapan (PH) ambialih sebab itu kita tak dapat kuota tambahan, bohong. Padahal, kita dapat (kuota tambahan) 1,400 kuota).

“Ketiga, dia kata TH sekarang ini dikuasai oleh Cina, Menteri Kewangan yang kuasai TH, bohong dan hari ini pula dia kata, TH Plantation berlaku penyelewengan, bohong,” katanya kepada pemberita selepas majlis Soft Launch Residensi MAIWP di sini, hari ini.

Katanya, kesemua pembohongan itu menyebabkan satu daripadanya terpaksa bawa ke mahkamah kerana telah menjejaskan 9.4 juta pendeposit.

“Pembohongan itu bukan menjejaskan saya, saya orang nak marah, nak maki saya tak ada hal tapi saya jaga yang di belakang (pengurusan TH termasuk pendeposit) ini jadi masalah, maka saya terpaksa jaga imej TH.

“Kalau orang macam Dr. Asyraf ini empat kali berbohong termasuk dengan dia telah didakwa dan kes ini sudah masuk mahkamah, saya hairanlah dengan orang seperti ini minta tubuh RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) dan sebagainya,” katanya.

Mengenai desakan supaya beliau menubuhkan RCI, Mujahid berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis dan sudah ada penyiasatan, kenapa perlukan suruhanjaya itu lagi.

“Sekarang sudah ada penyiasatan terhadap apa yang kita laporkan kepada polis. Cuma isunya tersangkut pada Peguam Negara. Itu saya tak campur tanganlah. Tapi laporan sudah dibuat.

“Bermakna kalau saya dah buat laporan polis, RCI apa lagi? Ambil laporan dululah.

“Cuma saya agak pelik, kalau tahun 2015, 2016 dan 2017 amaran demi amaran sudah diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada TH, kenapa Dr. Asyraf tidak bising hendak buat RCI?” soal beliau. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Segera tubuh RCI, siasat dakwaan BN punca TH defisit RM4.1 bilion

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Byk cakaplah pulak kau mujahid…putar sini, putar situ…Standardlah kau pakatan taik busuk lagi hancing

Comments are closed.