Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo.

LONDON – Bintang bola sepak sensasi dunia, Cristiano Ronaldo muncul selebriti yang memiliki pengikut paling ramai di Instagram (IG).

Ronaldo yang beraksi dengan Juventus telah berkongsi jumlah terkini seramai 200 juta pengikut di  media sosial miliknya.

Susulan itu, penyerang antarabangsa Portugal itu telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti.

Sebelum ini, Ronaldo telah memegang rekod sebagai individu yang memiliki paling ramai pengikut Instagram sejak Oktober 2018.

Namun, angka 200 juta itu baru sahaja dicapai sebelum dia berkongsi mengenainya secara rasmi.

Ronaldo kekal di tangga pertama jauh meninggalkan penyanyi Selena Gomez dengan 167 juta pengikut. – MalaysiaGazette