Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – “Biar saya jadi perdana menteri dahulu dan selepas itu soalan tersebut akan dijawab,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ditanya sama ada wakil Sarawak dalam kerajaan Pusat sekarang ini akan dikekalkan apabila beliau menjadi perdana menteri kelak.

Beliau berkata demikian kepada media pada majlis sambutan Tahun Baru Cina Pakatan Harapan (PH) Sarawak hari ini.

Anwar dinamakan sebagai perdana menteri kelapan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu persetujuan yang dimeterai oleh kepemimpinan Pakatan Harapan sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Biarpun ramai yang beranggapan Anwar patut menjawat jawatan tersebut pada Mei tahun ini namun tiada tarikh yang tepat untuk beliau menjadi perdana menteri.

Dr Mahathir ketika menjawab isu tersebut, telah berkali-kali menegaskan pendiriannya untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar selepas selesai persidangan APEC November tahun ini.

Dalam ucapannya sebelum itu, pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen, secara terbuka menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri selepas ini.

“Agenda utama kita ialah menyokong Anwar sebagai perdana menteri

berikutnya. Oleh sebab itulah kita memutuskan untuk menjemput Anwar ke acara hari ini untuk menyatakan sokongan kepada beliau,” kata seperti yang dilaporkan FMT.

— MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kik3 .. dah tak sabar.
    Orang bertungkus lumus berkerja .. individu ni tak habis2 cerita nak jafi PM.
    Banyak yang digugurkan dam gsnti ni..

Comments are closed.