WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan darurat kesihatan awam dan mengambil langkah drastik untuk menghadkan kemasukan ke negara itu berikutan penularan virus baharu di China yang telah merebak ke negara lain.

Presiden Donald Trump telah menandatangani arahan yang membolehkannya menghalang kemasukan warga asing selain keluarga terdekat warga AS dan penduduk tetap yang telah pergi ke China dalam tempoh 14 hari daripada memasuki negara itu untuk sementara waktu.

Larangan baharu itu yang berkuatkuasa pukul 5 petang semalam, diumumkan oleh Setiausaha Perkhidmatan Kesihatan dan Manusia, Alex Azar, lapor AP.

“Kami berkemungkinan akan terus melihat banyak kes di AS dalam hari dan minggu mendatang, termasuk jangkitan individu ke individu.

“Masyarakat awam AS boleh memastikan langkah penuh diambil kerajaan AS bagi menjamin kesihatan dan keselamatan warga Amerika,” kata Azar.

Warga AS yang pulang dari China akan dibenarkan memasuki negara itu tetapi akan menghadapi imbasan wajah di pintu masuk terpilih dan perlu menjalani imbasan sendiri dalam tempoh 14 hari bagi memastikan mereka tidak membawa ancaman kesihatan.

Mereka yang pulang dari wilayah Hubei, pusat penularan virus itu, tertakluk kepada kuarantin selama  mandatori 14 hari.

Bermula hari ini, AS akan mula memeriksan semua penerbangan ke AS yang berlepas dari tujuh lapangan terbang utama China di mana penumpang boleh diimbas.

Virus tersebut telah menjangkiti hampir 10,000 orang di seluruh dunia dalam tempoh dua bulan, tanda-tanda yang menggusarkan menyebabkan Pertubuhan Kesiharan Dunia (WHO) mengisytiharkan darurat global.

Seramai 213 orang maut akibat viris tersebut di seluruh China setakat ini.

Darurat kesihatan awam di AS akan membolehkan kerajaan mengeluarkan sumber tambahan untuk di hantar ke negeri-negeri, seperti membiayai kecemasan dan menghantar ubat-ubatan jika perlu atau menghantar peralatan daripada stok penimbal kebangsaan selain menggantung keperluan perundangan tertentu.

Pengarah Pusat Kawalan Penyakit Kebangsaan (CDC) Dr. Robert Redfield berkata ketika risiko di AS rendah: “Saya mahu menekankan bahawa ia adalah situasi global yang signifikan dan terus berubah.

Terdapat tujuh kes virus tersebut di AS dan semuanya melibatkan pengembara kecuali satu kes membabitkan seorang lelaki di Chicago yang dijangkiti daripada isterinya yang berada di China sebelum itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast