KUALA LUMPUR – Malindo Air menggantung dua penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan virus koronavirus.

Menurut syarikat penerbangan itu, penerbangan antara Kota Kinabalu-Tianjin-Kota Kinabalu akan digantung bermula 1 Februari hingga 29 Februari ini manakala penerbangan Johor Bahru–Guangzhou–Johor Baru akan digantung pada 11 Februari hingga 29 Februari ini.

“Malindo Air akan terus memantau keadaan di China kerana kesihatan dan keselamatan penumpang dan kakitangan adalah keutamaan kami,” katanya dalam kenyataan.

Syarikat penerbangan itu mengendalikan tiga penerbangan seminggu untuk laluan Kota Kinabalu-Tianjin dan JB-Guangzhou.

Sebelum ini, Malindo Air mengumumkan penggantungan sementara perkhidmatan tiga kali seminggu antara Kota Kinabalu dan Wuhan, berkuatkuasa 24 Januari lalu sehingga diberitahu kelak.

Para penumpang yang terkesan dengan penggantungan penerbangan itu boleh menghubungi pusat panggilan Malindo Air di talian +603-78415388  atau berkunjung ke pejabat tiketnya untuk mendapatkan bantuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast