Tan Sri Muhyiddin Yassin. foto SYAFIQ AMBAK, 02 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan segera mengenalpasti individu yang terlibat dalam insiden melakukan provokasi terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Beliau yang memandang serius kes tersebut mengingatkan semua pihak untuk tidak melakukan perkara yang mengganggu gugat keharmonian negara.

“Mana-mana pihak yang melakukan kekacauan akan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Semalam Syed Saddiq bersama beberapa pemimpin lain terpaksa melarikan diri dengan mengikuti jalan tikus dan melompat pagar gara-gara perhimpunan tertutup yang dihadirinya diganggu sekumpulan gangster upahan.
Dalam hantaran di laman Facebooknya, beliau mendakwa, kumpulan gangster berpakaian serba hitam itu telah bertindak mengepung tempat pertemuan, memekik kata-kata kesat dan insiden tersebut turut disaksikan oleh ibu bapanya yang turut hadir. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Bila polis nak tubuh pasukan petugas khas siasat MENTERI yang MENIPU hapus tol?

    Dari segi PRIORITY kes serius MENIPU ini perlu didahulukan kemudian baru kes Syed Saddiq lari ikut lorong tikus dan lompat pagar!

    Rakyat didahulukan!!!

Comments are closed.