Filipina mewujudkan kawasan pembimbas koronavirus di perkarangan luar Manila Doctors Hospital. foto Agensi

MANILA – Filipina merekodkan satu kematian akibat koronavirus selepas seorang lelaki berusia 44 tahun meninggal dunia, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Lelaki berasal dari Wuhan yang tiba di Filipina itu merupakan mangsa pertama yang meninggal dunia akibat koronavirus di luar China.

“Ini adalah kes pertama di luar China,” kata Rabindra Abeyasinghe, wakil WHO di Manila.

Jabatan Kesihatan Filipina berkata, setakat ini terdapat dua kes yang dijangkiti koronavirus di Filipina termasuk seorang lelaki Cina.

Mangsa yang meninggal dunia itu dilaporkan mengalami pneumonia yang teruk. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast