Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada),
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan bukan hanya beliau seorang diri yang memanjat pagar dalam insiden insiden provokasi pada perjumpaan sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu pada malam Jumaat lalu.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, tindakan itu turut diikuti oleh EXCO Kerajaan Johor, Mazlan Bujang dan EXCO Kerajaan Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen.