Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) turut membuat persembahan pada Program Menembak Media TPM dan UTK Bersama Media sempena Sambutan Ulangtahun UTK ke 45 di Lapang Sasar Sungai Buloh, Selangor. foto IQBAL BASRI, 02 FEBRUARI 2020

SUNGAI BULOH – Peranan Unit Tindakan Khas (UTK) Polis adalah lebih meluas daripada pasukan polis pengiring atau dikenali Secret Service di Amerika Syarikat (AS) yang bertanggungjawab melindungi presiden dan keluarganya.

Komander UTK, Senior Asisten Komisioner Mohd Khairi Khairuddin berkata, peranan UTK bukan untuk melindungi pemimpin kerajaan dan negara sahaja.

Sebaliknya, tanggungjawab dan amanah UTK lebih luas dengan mereka banyak terbabit dalam operasi berbahaya antaranya menangani kes penculikan dan berdepan musuh bersenjata.

Katanya, dalam mengawal keselamatan orang kenamaan, UTK sentiasa berada dalam keadaan siap-siaga untuk menghadapi sebarang ancaman ketika bertugas.

“Peristiwa berdarah membabitkan seorang menteri di Indonesia pada tahun 2019 telah membuka mata banyak pihak bahawa ancaman boleh berlaku bila-bila masa sahaja,” katanya merujuk kepada insiden Menteri Keselamatan Indonesia, Wiranto yang ditikam oleh seorang lelaki ketika mahu menaiki kereta rasminya.

“Meskipun tiada kejadian serius berlaku terhadap orang berkepentingan di negara ini, unit ini sentiasa berwaspada,” katanya berucap pada majlis media sempena sambutan Hari Ulang Tahun UTK ke-45 di Lapang Sasar Sungai Buloh di sini, semalam.

Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairuddin bergambar kenangan bersama pengamal media pada Program Menembak Media TPM dan UTK Bersama Media sempena Sambutan Ulangtahun UTK ke 45 di Lapang Sasar Sungai Buloh, Selangor. foto IQBAL BASRI, 02 FEBRUARI 2020

UTK ditubuhkan pada 1 Januari 1975, hasil buah fikiran Ketua Polis Negara ketika itu, Tun Mohammed Hanif Omar, dalam usaha memerangi keganasan Parti Komunis Malaya (PKM) pada masa tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.