Manchester United
Putera mahkota Arab Saudi, Mohammad Salman dikatakan menambah nilai bidaan kepada 3.8 bilion pound untuk menjadi pemilik Manchester United menjelang musim depan.-Foto: The Sun

LONDON -Putera Mohammad Sakman masih berpeluang mengambil alih kelab Manchester United.

Laporan terbaharu berkata walaupun potensi Putera Arab Saudi itu memiliki kelab gergasi England dengan nilai 3.5 bilion pound senyap seketika ekoran khabar angin kuat mengenai pembelian Newcastle United, peluang masih terbuka untuk Manchester United menjadi milik putera elit itu.

Walaupun kelab Magpies dikatakan sedia dijual pemiliknya dengan hanya 340 juta pound, Manchester United dikatakan menjadi keutamaan Putera Mohammad Salman.

Ada segelintir pihak mengkritik dan mempersoalkan tindakan pemimpin dunia Arab yang terlibat dalam sukan global.

Bagaimanapun penyokong kedua dua kelab Manchester United dan Newscastle menunjukkan rasa keterujaan masing-masing dan mereka lebih rela dan sanggup mengharapkan Putera Salman mengambil alih hak kedua dua kelab bola sepak Inggeris itu.

Seramai 91 peratus penyokong Red Devils memberitahu bahawa mereka rela kelab kesayangan mereka dimiliki Putera Arab berbanding keluarga Glazer yang menghisap keuntungan kelab dan enggan menjual kelab itu seperti didesak penyokong.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast