Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak membidas Lim Guan Eng yang meminta rakyat supaya tidak terpedaya dengan hasutan dan pengiraan berhubung kadar pengurangan 18% tol yang dibuat oleh pembangkang.

Tanya Najib, siapa yang menghasut rakyat mengundi Pakatan Harapan (PH) supaya tol dihapuskan kalau bukan PH.

“Siapa yang ikrar untuk hapuskan tol dan janji secara bertulis dalam manifesto untuk hapuskan tol? PH.

“Siapa yang janji akan halang Lebuhraya WCE untuk kutip tol? Nga Kor Ming dari PH.

“Siapa yang mengira kerajaan cuma perlu RM26 bilion untuk hapuskan semua tol di Malaysia? Tony Pua dari PH.

“Siapa yang buat video dengan formula bagaimana nak hapuskan semua tol? Rafizi Ramli dari PH.

“Siapa yang keluarkan video-video dengan pelbagai janji dan formula untuk hasut rakyat tentang tol? Gobind Singh dari PH, Ong Kian Ming dari PH dan Tony Pua dari PH,” kata bekas Perdana Menteri itu melalui akaun Facebooknya,

Tetapi,katanya, selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum (PRU), kata Najib, PH juga yang menggandakan baki tempoh tol dari 18 tahun kepada 38 tahun.

Malah, Nga Kor Ming yang memotong riben ketika merasmikan plaza tol Lebuh Raya Pantai Barat (WCE) selain membenarkan lebuh raya itu mengutip tol tanpa sebarang bangkangan.

Ahli Parlimen Pekan itu menambah, Guan Eng pula adalah individu yang menjenamakan semula caj tol kepada caj kesesakan.

Menteri Kewangan itu juga didakwa memaksa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi subsidi setiap tahun kepada kerajaan.

Individu yang mendakwa kadar dividen pencarum KWSP cuma turun 0.5% setahun adalah lebih baik untuk menikmati diskaun tol juga adalah Guan Eng.

“Yang keluarkan kata-kata emas “lanjutkan tol 20 tahun adalah langkah pertama untuk hapuskan tol”, Guan Eng dari PH,” katanya sambil menempelak PH apabila menuduh Barisan Nasional menghasut rakyat berhubung isu tol. – MalaysiaGazette

5 Komen

    • Ko ni bodoh ke bngang.. PH melanun ko tak sedar.. Mana minyak petrol 1.50..? Rakyat yg kena bayar sunsudi minyak kpd kerjaaan sbb tu jadi 2.08 .. Berapa byk ko minum kencing ph.. Kerajaan penipu rakyat

  1. Sial punya kerajaan PAKATAN HARAPAN kamu nak curi simpanan KWSP rakyat..ini bukan PAKATAN HARAPAN tapi ini adalah kerajaan PAKATAN SYAITAN pernah ada di MALAYSIA…BABI PUNYA KERAJAAN.

  2. Sapa yang menyebabkan umno kalah? Najib penyamun… Sapa yang menyamun duit rakyat? Najib penyamun… Sapa yang menghancurkan negara? Najib penyamun… Sapa yang menghancurkan ekonomi negara? Najib penyamun… Sapa yang bunuh altantuya? Najib penyamun… Sapa yang membodohkan rakyat malaysia? Najib penyamun… Sapa yang kata jho low tak bersalah sebelum pru 14?najib penyamun… Sapa yang kata jho low bersalah selepas najib penyamun kena dakwa di mahkamah? Najib penyamun jugak….wat malu tun razak la najib penyamun ni… Kalau aku jadi tun razak masa najib kecik2 dulu kompom aku campak dalam kandang babi je… Biar najib berkawan dgn babi…

Comments are closed.