KUALA LUMPUR – AirAsia menawarkan laluan baharu ke bandar Ahmedabad dari Kuala Lumpur dengan kekerapan empat kali seminggu bermula 29 April 2020.

Perkhidmatan baharu ini akan menyokong pasaran besar merangkumi 62 juta populasi di negeri Barat India, Gujarat tersebut dengan tambang promosi bermula RM199 sehala.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata, India kini menjadi destinasi pelancongan yang lebih berpatutan dan tambahan kos bagi e-visa pelancongan bagi rakyat Malaysia kini juga adalah terendah.

India mengurangkan bayaran bagi visa elektronik India dari AS$100 (e-visa pelancongan kemasukan berganda) skepada AS$D10 (e-visa pelancongan 30-hari dari April ke Jun; AS$25 dari Julai ke Mac) bagi semua rakyat Malaysia yang layak, telah mengurangkan kos visa sebanyak 90% bagi pelancong Malaysia.

Tambang termasuk semua bagi ahli BIG dari Kuala Lumpur ke Ahmedabad kini tersedia untuk tempahan di airasia.com dari RM199 sehala bagi tempat duduk biasa dan RM899 sehala bagi tempat duduk premium flatbed.

Menurutnya, promosi ini berlangsung hingga 16 Februari bagi perjalanan antara 29 April 2020 ke 30 Oktober 2020.

Bagi tempoh promosi yang sama, AirAsia turut melancarkan kempen jualan “Chalo! India” bagi meraikan bayaran e-visa yang lebih rendah.

Untuk itu, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bhubaneswar, Cochin, Kolkata bermula dari serendah RM229 sehala, atau ke Jaipur, Delhi, Amritsar dari serendah RM299 sehala. – MalaysiaGazette