NEW YORK – Minyak menyaksikan penurunan mendadak di bawah paras AS$50 setong apabila peniaga mula menimbang kesan terhadap permintaan global akibat penyebaran koronavirus yang mungkin mengurangkan penggunaan minyak oleh China sebanyak 20%.

Niaga hadapan di New York turun 0.7%, selepas menjunam 2.8% pada Isnin dalam kesinambungan kejatuhan teruk sejak tahun 1991.

Permintaan minyak oleh Beijing yang merupakan pengimport terbesar di dunia menurun sebanyak sekitar 3 juta tong sehari, menurut sumber yang terlibat dalam tenaga di China.

Ancaman koronavirus telah menjadi kejutan permintaan terbesar sejak krisis kewangan global.

Kesan-kesannya mula merebak di seluruh dunia apabola loji-loji di China memperlahan atau menghentikan operasi dan kargo minyak Afrika Barat sedang dijual semula.

OPEC dan sekutunya pula sedang mempertimbangkan mesyuarat kecemasan untuk membincangkan pemotongan pengeluaran minyak mentah dalam usaha menstabilkan harga. – MalaysiaGazette