Armand Azha Abu Hanifah

KUALA LUMPUR – Tindakan pemimpin UMNO yang merakam dan membocorkan perbincangan dalaman parti disifatkan sebagai melanggar prinsip pemimpin sebuah institusi politik.

Ini kerana, perbuatan merakam perbincangan kepimpinan dan menyebarkanya adalah satu perbuatan yang tidak matang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, sebagai ahli majlis tertinggi, ahli-ahlinya mempunyai saluran terbaik untuk memberi pandangan, cadangan mahupun kritikan kepada kepimpinan tertinggi.

“Parti ini milik akar umbi seluruh negara, pandangan, cadangan, kritikan dan sebagainya harus ke arah membina kekuatan parti bukan sebaliknya..

“Bina kekuatan parti bukan cipta kekusutan parti..,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Meskipun kenyataan itu tidak menunding kepada sesiapa tetapi ia ada kaitan dengan tindakan Datuk Lokman Noor Adam yang mendedahkan sesi perbincangan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Soal Armand lagi: “Masa kita diberikan amanah dan tanggungjawab, bukankah kita angkat sumpah kerahsiaan parti?

“Kalau kita sebagai kepimpinan tidak pegang pada sumpah pegang jawatan bagi kerahsiaan parti, apa guna angkat sumpah?” katanya.

Tambahnya, sebagai seorang pemimpin, individu bukan sahaja perlu berani tetapi perlu ada kebijaksanaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.