Wartawan, Wan Noor Hayati Wan Alias (tengah) ketika hadir pada pertuduhan membuat tiga kenyataan yang boleh menyebabkan ketakutan kepada orang ramai menerusi akaunFacebook pada 26 Januari 2020 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 05 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mendesak kerajaan menggugurkan pertuduhan terhadap wartawan yang didakwa menyebarkan berita palsu berkaitan koronavirus.

Setiausaha Agung NUJ, Chin Sung Chew, tindakan kepada media di negara demokrasi seperti Malaysia dalam soal kebebasan bersuara akan memburukkan persepsi di mata masyarakat dan pihak antarabangsa.

“NUJ tidak membantah jika pihak berkuasa mahu menyiasat dan menghalang berita palsu tetapi wartawan terikat dengan etika kewartawanan dan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setiausaha Agong NUJ, Chin Sung Chew .

Sung Chew berkata demikian merujuk tindakan mendakwa wartawan Berita Harian, Wan Noor Hayati Wan Alias atau dikenali dengan nama Ibuyati di mahkamah hari ini.

Sementara itu, Pemangku Presiden NUJ, Farah Marshita Abd Pahat berkata, pihaknya  membantu Wan Noor Hayati dalam membayar jaminan mahkamah sebanyak RM12,000 hari ini.

Akibat kekurangan dana, katanya, NUJ juga merayu kepada rakan-rakan wartawan lain untuk turut memberi sumbangan bagi membayar wang jaminan berkenaan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Didakwa sebar berita palsu koronavirus, wartawan mohon dibicarakan

2 Komen

  1. Mungkin dia tulis perkataan ” kalu kena kepada lim guan eng baru tahu ” tu yg menyebabkan wartawan ni dibicara . Memang power lah lim dap . Malaysia baru .

Comments are closed.