Setiausaha Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail bercakap pada sidang media khas mengenai video seks melibatkan seorang menteri Kabinet di Restoran Amjal, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 14 JUN 2019.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Otai Reformis berpandangan penyebaran audio Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya mahu menjalinkan kerjasama membentuk kerajaan ‘pintu belakang’ dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya gimik politik semata-mata.

Setiausahanya, Abdul Razak Ismail berkata, perkara itu hanya spekulasi bertujuan mengalih perhatian umum mengenai tarikh peralihan kuasa antara Dr Mahathir dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini lebih kepada gimik dan spekulasi politik semasa untuk alih tumpuan orang ramai terhadap desakan peralihan kuasa pada Mei ini (cukup tempoh janji 2 tahun) oleh banyak pihak agar Dr Mahathir melepaskan jawatan PM,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau diminta mengulas mengenai penyebaran rakaman audio tiga minit 18 saat yang didakwa suara Ahmad Zahid ketika muncul dalam mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional parti itu, baru-baru ini.

Dalam audio itu, Ahmad Zahid didakwa menyatakan bersandarkan Muafakat Nasional, UMNO perlu mengikut tindakan Pas “supaya tidak tertinggal di belakang”.

Audio itu dirakam Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Nor Adam.

Abdul Razak turut berpandangan langkah ‘pintu belakang’ yang direncanakan beberapa pemimpin akan mendatang mudarat kepada kepimpinan Dr Mahathir dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya lagi, Bersatu akan kehilangan kerusi Menteri Besar di tiga negeri kerana kerusi itu mendapat majoriti kecil.

“Mereka bakal hilang jawatan Menteri Besar di negeri Perak, Kedah dan Johor kerana mereka minoriti di negeri-negeri ini,” ujarnya,

Abdul Razak turut mendakwa segala tutur kata dan janji Dr Mahathir tidak boleh dipercayai sekiranya ‘Pakatan Nasional’ menjadi realiti/

Lebih daripada itu, katanya, sekiranya langkah ‘kerajaan pintu belakang’ menjadi realiti, ia akan mengundang kebangkitan rakyat era 1998.-MalaysiaGazette

3 Komen

  1. sering kedengaran permintaan utk bubar parleman utk apa adakah kerajaan ph tidak mendpt dokongan yg mencukupi dlm parleman atau salakan pembangkang yg hilang dokongan rakyat dlm pru14 meroyan sakan ,isu peralihan kuasa di mainkan setiap hari oleh pembangkang dah gila talak kah mereka.

Comments are closed.