Kakitangan perubatan memakai pakaian pelindung ketika melakukan pemeriksaan di Pusat Pameran dan Perdagangan Wuhan yang dijadikan hospital sementara dalam menangani wabak koronavirus. foto Reuters

BEIJING – Jumlah kematian akibat koronavirus di wilayah Hubei meningkat sebanyak 69 kepada 618 orang.

Malah, jumlah jangkita turut bertambah kepada 2,447 kes – menjadikan keseluruhan kes kepada 22,112.

Kebanyakan kes kematian berlaku di Wuhan, lokasi virus itu pertama kali dikesan.

Di Wuhan pula, sebanyak 64 kes kematian setakat semalam, naik daripada 52 kes pada hari Rabu.

Angka kematian di Wuhan pula berjumlah 478 kes.

Sementara itu, jumlah kematian akibat wabak koronavirus di Tanah Besar China berjumlah 636 pada lewat hari Khamis, naik 73 kes berbanding sehari sebelumnya, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara pada hari Jumaat.

Di seluruh negara, terdapat 3,143 jangkitan baru yang disahkan pada hari Khamis, menjadikan jumlahnya setakat 31,161. – MalaysiaGazette