TOKYO – Harga minyak meningkat pada hari Jumaat selepas Rusia menyokong cadangan OPEC dan sekutu pengeluarnya untuk mengurangkan lagi pengeluaran susulan wabak koronavirus yang menjejaskan pasaran bahan bakar.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik sebanyak 0.6%, kepada AS$55.25 setong oleh 0104, selepas susut 0.6% pada hari Khamis.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik AS$0.26 atau 0.5% kepada AS$ 51.21 setong setelah merekodkan keuntungan 0.4% pada sesi sebelumnya.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu-sekutu yang diketuai oleh Rusia yang dikenali sebagai kumpulan OPEC+ mencadangkan pengurangan sebanyak 600,000 tong sehari, kata sumber-sumber.

“Kami menyokong idea ini,” kata Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov.

Harga minyak susut lebih daripada satu per lima sejak wabak koronavirus menular di Wuhan, China.

Presiden Xi Jinping mengisytiharkan ‘perang rakyat’ terhadap koronavirus yang merekodkan 69 kes kematian dengan jumlah seluruh negara lebih 600.

“Kesan koronavirus di pasaran minyak masih sebahagian besarnya disebabkan penurunan bahan api China tetapi pada masa ini kemerosotan permintaan di luar China minimum,” kata penganalisis RBC Capital Markets nota penyelidikan. – MalaysiaGazette