Demonstrasi Bantahan
Diantara peserta-peserta demonstrasi yang menyertai Demonstrasi Aman Bantah 'Deal Of The Century' Amerika Syarikat di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 07 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas dan Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pelan damai Timur Tengah yang dikenali sebagai ‘Deal of the Century’ di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak, di sini.

Hampir 300 peserta menyertai perhimpunan aman itu yang mula berarak dari bangunan Lembaga Tabung Haji (TH) menuju ke Kedutaan AS sesudah solat Jumaat, kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Diantara peserta-peserta demonstrasi yang menyertai Demonstrasi Aman Bantah ‘Deal Of The Century’ Amerika Syarikat di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 07 FEBRUARI 2020.

Perhimpunan aman lebih dua jam itu bukan sahaja mendapat kerjasama daripada pihak polis, bahkan anggota Jabatan Amal Pas turut membantu mengawal keselamatan dan lalulintas.

Demonstrasi bantahan itu dihadiri oleh Naib Presiden Pas, Idris Ahmad; Ketua Dewan Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Seorang peserta demonstrasi membakar patung Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan bendera Israel pada Demonstrasi Aman Bantah ‘Deal Of The Century’ Amerika Syarikat di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 07 FEBRUARI 2020.

Dalam perhimpunan ini juga, lori satu tan dijadikan sebagai pentas kepada pemimpin Pas, UMNO dan beberapa wakil NGO untuk berucap dan menyatakan bantahan kepada ‘Deal of the Century’ anjuran AS yang memihak kepada Israel berbanding Palestin.

Selain itu, sekumpulan mahasiswa membawa kain rentang tertulis Mahasiswa Mendesak Batalkan ‘Deal of the Century’ yang didakwa menafikan hak rakyat Palestin, sambil membawa replika Presiden AS, Donald Trump sebelum membakarnya.

Diantara peserta-peserta demonstrasi yang menyertai Demonstrasi Aman Bantah ‘Deal Of The Century’ Amerika Syarikat di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 07 FEBRUARI 2020.

Sebelum peserta himpunan bersurai kira-kira jam 4 petang tadi, pimpinan Dewan Pemuda Pas mengetuai bacaan doa berhadapan dengan Kedutaan AS supaya seluruh dunia memberi tekanan. – MalaysiaGazette