TERKINI : Kalau Saya Biarkan Dia, Orang Akan panggil Ayob Pengganas Pula – KPN

KUALA LUMPUR – Pertukaran Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai Ketua Polis Johor adalah kerana pasukan keselamatan itu mahu memberi laluan kepadanya untuk memimpin pasukan di bawahnya.

Itu reaksi Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika ditanya tentang pertukaran Ayob untuk memimpin pasukan di peringkat negeri berkuatkuasa 6 Mac ini sebagaimana yang dimaklumkan Unit Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.