Dr Mahathir Mohamad bercakap semasa sidang media pada Persidangan Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds (LP4Q) Ketiga di One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 08 FEBRUARI 2020.

PETALING JAYA – Tun Dr Mahathir secara sinis berharap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan meletak jawatan.

Justeru, Perdana Menteri berkata, Senator negara itu akan membuat keputusan bijak dalam menentukan kedudukan Trump.

Jelas beliau, cubaan Trump mempengaruhi keputusan pilihan raya negara luar tidak boleh diterima di negara ini.

“Letak jawatan. Saya harap Senator Amerika Syarikat akan membuat keputusan yang lebih baik.

“Di sana seorang lelaki telah mempermainkan (denigrated) polisi negaranya sendiri dan cuba mengguna pengaruh luar untuk menang pilihan raya.

“Ia boleh diterima di Amerika Syarikat tapi bukan di sini.

“Jika ada orang luar yang cuba pengaruhi keputusan (pilihan raya) di sini, kita akan ambil tindakan ke atas mereka di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampai ucaptama pada Persidangan Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds (LP4Q) di sini hari ini.

Beliau diminta memberi nasihat kepada Trump yang didakwa akan menggunakan kedudukan negaranya sebagai dunia besar untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya Israel yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sebelum itu, Dr Mahathir menegaskan isu Palestin tidak ada kena mengena dengan soal agama.

Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Persidangan Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds (LP4Q) Ketiga di One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 08 FEBRUARI 2020.

Sebaliknya tegas beliau, isu ketidakadilan telah membelenggu rakyat negara itu sejak sekian lama.

Sementara itu, LP4Q berlangsung bermula hari ini selama dua hari dengan penglibatan 700 Ahli Parlimen dan NGO seluruh dunia.

Persidangan kali ketiga ini merupakan acara penting susulan pelan damai Timur Tengah yang diumumkan Trump dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang mencetuskan bantahan ramai pihak di dunia antaranya Malaysia sendiri.

Antara delegasi hadir adalah dari Turki, Nigeria, Mexico dan New Zealand.

Al-Quds adalah nama lain untuk Baitulmaqdis.

Sidang LP4Q tahun ini disokong pelbagai NGO antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Pelan damai Timur Tengah antara lain mencadangkan penyelesaian “dua negara” dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai “ibu negara Israel yang tidak dibahagikan”.

Pegawai Palestin Riyad Mansour sebelum ini dilaporkan berkata Presidennya, Mahmoud Abbas akan mengemukakan draf resolusi untuk menentang pelan damai itu dalam mesyuarat Majlis Keselamatan yang akan diadakan bulan ini. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. PM macam ni yang dunia Islam perlukan. Bukan pm yang terhegeh2 nak jilat jubo presiden us semata2 dia tu ‘polis dunia’, sebab nak jaga hubungan diplomatik, ekonomi negara, bla3.

Comments are closed.