Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Jawatankuasa Pusat Pas buat kali pertama dalam sejarah akan mengadakan pemukiman bersama di Janda Baik dua minggu lagi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut beliau, semua Ahli Parlimen UMNO dan Pas juga akan menyertainya.

“Ini menggambarkan iltizam Muafakat Nasional yang cukup tinggi,” katanya.

Kenyataan itu mengukuhkan kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Bung Moktar Radin yang memaklumkan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung selama empat jam semalam hanya membincangkan langkah memperkukuhkan Muafakat Nasional antara Barisan Nasional dan Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU15).

Katanya, mesyuarat itu tidak membincangkan mengenai Pakatan Nasional. – MalaysiaGazette

MT UMNO bincang Muafakat Nasional bukan pakatan nasional – Bung Moktar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast