BANGKOK – Pasukan keselamatan Thailand hari ini membunuh seorang anggota tentera yang melepaskan tembakan rambang, mengakibatkan 21 orang terbunuh, kata sumber polis dan tentera.

Mereka berkata, suspek terbunuh di pusat membeli-belah di mana dia dikepung di bandar Nakhon Ratchasima, di barat laut Thailand, lapor Reuters.

“Polis telah membunuh pelaku dan menyelamatkan lapan orang tebusan. Beberapa orang cedera,” kata salah seorang sumber keselamatan.

Kedua-dua sumber itu enggan dikenali kerana mereka tidak mempunyai kuasa bercakap kepada media.

Insiden pembunuhan berlaku pada puklul 3 petang semalam apabila seoang anggota tentera melepaskan tembakan di sebuah rumah sebelum bergerak ke sebuah kem tentera dan kemudian menuju ke pusat membeli belah itu di Nakhon Ratchasima.