Moncef Baati

TUNIS – Tunisia memecat dutanya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Moncef Baati, selepas beliau sedang bersedia untuk membentangkan draf resolusi Tunisia-Indonesia yang menyatakan ‘amat dukacita’ terhadap pelan perdamaian antara Palestin dan Israel anjuran Amerika Syarikat (AS) yang ‘melanggar indang-undang antarabangsa’

Menurut Kementerian Luar Tunisia, envoi itu dipecat kerana prestasi profesionalnya.

“Duta Tunisia ke PBB telah dipecat atas alasan semata-mata profesional berhubung prestasi lemah dan kurang koordinasi dengan kementerian terhadap perkara-perkara penting yang dibincangan di PBB,” kata kenyataan itu.

“Tunisia yang merupakan ahli bukan kekal Majlis Keselamatan perlu terus berunding dan koordinasi dengan kementerian yang selari dengan prinsip dan kepentingannya,” kata kenyataan itu seperti dipetik, Asharq Al-Awsat.

.Tunisia merupakan ahli Majlis Keselamatan yang mewakili negara-negara Arab untuk tempoh dua tahun, sejak awal Januari lalu.

Presiden Tunisia, Kai Saied khuatir draf resolusi Baati yang menyokong Palestin akan mencetuskan risiko yang boleh merosakkan hubungan antara Tunisia dan AS, kata sumber itu.

Pada Khamis lalu, Baati tidak menghadiri taklimat tertutup Majlis Keselamatan mengenai pelan damai Palestin-Israel anjuran AS yang diadakan oleh Penasihat Donald Trump, Jared Kusher.

Kusher merupakan menantu Trump.

Selepas taklimat tersebut, Kushner menyalahkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Abbas dijadual menentang rancangan itu di PBB pada minggu depan.

Palestin dijangka mendesak Majlis Keselamatan mengutuk rancangan Trump itu namun Washington hampir pasti mengambil tindakan veto. – Agensi