Dr Wan Azizah Wan Ismail

KUALA LUMPUR – “Bila sudah kena batang hidung sendiri, baru dia sedar yang janji perlu dikotakan?”

Itu persoalan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Chan Quin Er mengulas kenyataan Wan Azizah yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR yang berkata Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengotakan janji menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Wan Azizah, pelantikan jawatan Perdana Menteri sememangnya memerlukan sokongan ahli Dewan tetapi pada masa sama, Mahathir perlu melunaskan janjinya itu.

Mengulas kenyataan itu, Chan bertanya: “Janji PH (Pakatan Harapan) kepada rakyat macam mana pula? Oh lupa…Manifesto bukan kitab suci”.

Katanya, PH berebut jawatan sesama sendiri tetapi janji untuk kebajikan rakyat diabaikan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bukan kan manifesto dalam menuju dilaksanakan.
    Ianya terhalang disebabkan kerana situasi kewangan negara yg dirosakkan dizaman bn berkuasa dulu.

    Kalau nak ikut janji.
    Janji bn pada pru 13 @ 2013 pun ada yg tidak ditunaikan.
    Dimana masa pemerintahan bn semua nya hebat & tersedia…
    Jadi kenapa tak laksanakan.

    Jadi janganlah HIPOKRIT.

    NAJIS ORANG TAHU.

    NAJIS SENDIRI NAK SURUK DIMANA.

Comments are closed.