Jenazah Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dibawa ke hospital untuk bedah siasat selepas meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Salak Gombak, Selangor. foto IQBAL BASRI, 10 FEBRUARI 2020

GOMBAK – Jenazah pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey akan dikebumikan selepas solat asar.

Suasana pilu menyelubungi sekitar Masjid Gombak Utara apabila rakan-rakan arwah tiba dan memberikan penghormatan terakhir buat Abam.

Pemergian Abam disahkan Ali iaitu adik kepada arwah.

Menurut isterinya, Nur Hidayah Mohd Ali, Abam didapati tidak sihat dua hari lalu disyaki demam panas.

Menurut Nur Hidayah, suaminya mengalami demam dan mengadu kurang sihat sejak beberapa hari lalu tetapi enggan ke hospital.

Katanya, suaminya tidak sedarkan diri di kediaman ketika dikejutkan pagi ini.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey. -MalaysiaGazette