Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya (UM), Noorihan Ali Yusoff (empat kiri) bermain catur bersama Master of Tuanku Bahiyah Residential College Universiti Malaya (UM), Dr. Nik Nazri Nik Ghazali (kanan) turut disaksikan oleh Ketua Pengarah Pertandingan GACC Ke-24, Ngio Hua Yi (lima kiri) pada gimik Perasmian Pertandingan Catur Antara Varsiti Antarabangsa GACC Ke-24 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 10 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Seramai 500 pelajar daripada lapan buah negara menyertai Pertandingan Catur antara Varsiti Antarabangsa (GACC) yang berlangsung di Universiti Malaya (UM).

Pertandingan tersebut merupakan kali yang ke-24 diadakan dan akan berlangsung selama enam hari bermula hari ini, kata Pengarah GACC, Ngio Hua Yi.

Ketua Pengarah Pertandingan GACC Ke-24, Ngio Hua Yi bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Pertandingan Catur Antara Varsiti Antarabangsa GACC Ke-24 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 10 FEBRUARI 2020.

Beliau berkata, sejak pertandingan itu mula dianjurkan, UM sering diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah.

Tambahnya, pada pertandingan kali ini hadiah tunai sebanyak RM27,000 akan menjadi rebutan setiap peserta yang bertanding.

“Pertandingan tersebut diselia oleh pelajar dari kolej kediaman Tuanku Bahiyah dan ia sepatutnya disertai 13 negara. Melalui pertandingan ini kita boleh bertukar-tukar pengetahuan daripada para peserta tentang perkara-perkara tertentu,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas majlis perasmian pertandingan itu hari ini.

Diantara pelajar yang hadir pada Majlis Perasmian Pertandingan Catur Antra Varsiti Antarabangsa GACC Ke-24 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 10 FEBRUARI 2020.

Sementara itu, Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar, UM, Noorihan Ali Yusoff pula berkata, ia merupakan program tahunan diadakan oleh UM dalam usaha menaikkan nama universiti berkenaan.

Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya (UM), Noorihan Ali Yusoff bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Pertandingan Catur Antara Varsiti Antarabangsa GACC Ke-24 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 10 FEBRUARI 2020.

Katanya, UM menjadi hos dalam acara yang diadakan dan pertandingan itu juga turut dibuka penyertaannya kepada universiti-universiti dan juga kolej di dalam negara.

“Kita memang mengalu-alukan penyertaan daripada universiti-universiti luar. Itulah yang kita harapankan agar pertandingan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas,” ujarnya. – MalaysiaGazette