Anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba, Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk diambil keterangan oleh polis bagi membantu siastaan berhubung kenyataan menerusi blognya bertajuk “TMJ Bodoh Sombong yang Tak Boleh Diajar” di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar hadir ke Bukit Aman hari ini untuk diambil keterangan bagi membantu siastaan polis berhubung artikel bertajuk ‘TMJ Bodoh Sombong yang Tak Boleh Diajar’ yang disiarkan pada laman Facebooknya.

Anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pukul 10.50 pagi.

Beliau yang berbaju kemeja biru serta mengenakan kot hitam disambut Peguamnya, Mohd Azharul Ab Talib dari Firma guaman Ahmad Rusydi Md Nor & Partners.

Tamrin meluangkan masa beberapa minit dengan wartawan yang berkumpul untuk merakam kehadirannya sejak 9 pagi lagi.

Beliau masuk ke kawasan Bukit Aman pukul 11.05 pagi dirakam keterangan oleh Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan dan Undan-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Tulisan tersebut dimuat naik di Facebook Dato’ Mohd Tamrin Tun Abdul Ghafar pada 2 Februari lalu yang mengandungi 36 perkara berkaitan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam tulisannya itu, Tamrin mengkritik TMJ berkaitan hantaran pemangku Sultan Johor di laman Facebook baru-baru ini mengenai wabak koronovirus apabila Tunku Ismail mengingatkan semula apa yang baginda pernah lontarkan dua tahun lalu. – MalaysiaGazette

Tamrin Ghafar dipanggil ke Bukit Aman berhubung tulisan mengkritik TMJ