TERKINI : Kos Projek Lebuh Raya Pan Borneo Di Sarawak Diumum 20 Februari – Baru Bian

KAJANG – Maklumat terperinci dan lengkap mengenai projek Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak akan diumumkan pada 20 Februari ini.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata, beliau akan mengumumkan kos sebenar projek berkenaan di Sarawak selepas beberapa perubahan dilakukan.