Fariz Musa

KUALA LUMPUR – Barisan Kabinet digesa menolak cadangan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dicadangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Koordinator Jingga13, Fariz Musa berkata, pelaksanaan PPSMI adalah suatu penghinaan kepada rakyat yang menentangnya dalam masa yang sama ia tidak relevan.

Sebaliknya idea yang patut diketengahkan adalah memartabatkan Bahasa Melayu selain memperkasakan Bahasa Inggeris dan dalam masa sama berusaha memastikan pelajar menguasai subjek Sains dan Matematik.

“Jingga13 merayu kepada Kabinet yang bakal bermesyuarat dan membincangkan cadangan tersebut mengambil keputusan menolak cadangan pelaksanaan PPSMI yang dicadangkan oleh Pemangku Menteri Pelajaran,” katanya menerusi kenyataan.

Faris yang menyifatkan cadangan pelaksanaan PPSMi itu sebagai tidak relevan berkata, Dr. Mahathir telah gagal mengetengahkan idea yang bernas.

Berikutan itu, jelas beliau, sudah tiba masanya Dr,. Mahathir melepaskan jawatan kepada individu yang sewajarnya agar dapat memfokuskan kepada idea yang lebih bernas , segar dan bermakna bagi membangunkan negara serta meningkatkan pendidikan anak bangsa. – MalaysiaGazette