Projek Lebuhraya Pan Borneo yang sedang giat dilaksanakan bukan sahaja bakal memudahkan pengguna jalan raya di Sarawak, malah sebuah kampung di Batu 36, Jalan Bintulu-Miri di sini bakal memiliki masjid baharu kesan positif pembangunan projek itu.
Projek Lebuhraya Pan Borneo.

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan kos asal Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak (LPBS) yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu sebanyak RM16.5 bilion bukanlah kos keseluruhan yang perlu ditanggung.

Ini kerana, terdapat kos-kos lain yang tidak dinyatakan termasuk kos imbuhan balik Project Delivery Partner (PDP), kos yuran PDP, kos kontingensi, kos pengambilan balik tanah serta kos Perundingan Bebas Jurutera menjadikan kos keseluruhan projek itu adalah RM21.9 bilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kos sekarang telah dikurangkan sebanyak RM3.1 bilion daripada kos asal
dengan kaedah PDP sebanyak RM21.9 bilion (yang merangkumi kos pembinaan RM16.5 bilion) kepada kaedah konvensional sebanyak RM18.8 bilion (merangkumi kos pembinaan RM16.1 bilion).

“Sesetengah pihak telah mempersoalkan bagaimana kos penjimatan adalah RM3.1 bilion sedangkan kos asal
bukanlah RM21.9 bilion tetapi RM16.5 bilion.

“Ini adalah kerana mereka sengaja mengelirukan dengan menyatakan kos pembinaan sebanyak RM16.5 bilion sebagai kos keseluruhan projek LPBS tanpa mengambil kira kos-kos lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, anggaran kos keseluruhan projek LPBS dengan kaedah konvensional sebanyak RM18.8 bilion
telahpun dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada tahun lepas.

Di bawah model PDP, kos keseluruhan untuk melaksanakan projek LPBS bukan sahaja melibatkan kos pembinaan.

Tetapi ia  juga melibatkan bayaran kepada syarikat PDP termasuk bayaran imbuhan balik (reimbursable) dan juga bayaran yuran PDP (5.5% daripada kos pembinaan). – MalaysiaGazette