Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penduduk Malaysia pada suku keempat tahun lalu dianggarkan 32.68 juta, meningkat 0.6 peratus berbanding suku keempat tahun sebelumnya 32.48 juta.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah kelahiran hidup pada tempoh yang sama menurun sebanyak 2.3 peratus kepada 124,240 berbanding 127,168 pada suku keempat 2018.

Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Manakala angka kematian pada suku keempat 2019 pula 43,623 bertambah 0.8 peratus berbanding 43,264 tempoh sama tahun 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast