SINGAPURA – Asia Tenggara memerlukan 4,500 pesawat baru dalam tempoh dua dekad akan datang untuk memenuhi permintaan daripada kelas pertengahan yang sedang berkembang.

Jangkaan tempahan baru di rantau ini diunjur bernilai AS$710 bilion pada harga semasa, kata Boeing.

Naib Presiden Pemasaran Komersial Boeing, Randy Tinseth berkata, pertumbuhan serantau akan didorong oleh syarikat penerbangan dari Vietnam, Thailand dan Indonesia, yang menjadikan 10 negara teratas yang menambah kapasiti kerusi penerbangan paling banyak sejak 2010.

“Dengan kelas menengah berkembang, dalam pasaran yang meneruskan liberalisasi, ditambah pula dengan sektor pelancongan domestik, serantau dan antarabangsa yang kuat, Asia Tenggara telah menjadi salah satu pasaran penerbangan terbesar di dunia,” kata Tinseth.

Boeing mengekalkan prospek kenaikan harga di tengah-tengah satu dekad pertumbuhan aeroangkasa walaupun selepas gagal menjual mana-mana pesawat komersial pada bulan Januari, meningkatkan kemerosotan kewangan syarikat sejak dua kemalangan maut hingga menyebabkan operasi pesawat 737 Max digantung.

Pesawat itu digantung di seluruh dunia sejak Mac tahun lalu, selepas dua kemalangan maut yang mengorbankan 346 orang. – MalaysiaGazette