Pensyarah Jabatan Pegawai Pentadbiran dan Politik, Dr. Muhammad Asri Mohd Ali bercakap pada Perbincangan Meja Bulat mengenai Isu Sistem Pilihan Raya di Malaysia di Pejabat Sekretariat MPN, Kajang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 12 FEBRUARI 2020.

KAJANG – Pelaksanaan sistem pilihan raya sedia ada iaitu First Past The Post (FPTP) kepada sistem perwakilan berkadar (PR) akan membolehkan DAP memenangi lebih 60 kerusi Parlimen pada masa akan datang.

Felo Penyelidik Majlis Profesor Negara (MPN), Dr. Muhammad Asri Mohd. Ali berkata, ia akan membolehkan parti itu menuntut jawatan Perdana Menteri kerana memiliki blok kerusi terbanyak di Parlimen.

Beliau berkata, para pengundi Melayu pula terpaksa terus membuat pilihan ke atas parti-parti Melayu yang banyak semasa pilihan raya umum (PRU).

“Dalam kajian saya ini, ada dua parti iaitu DAP dan Pas akan menonjol dalam sistem PR ini. UMNO masih ada tetapi tidak tinggi pencapaiannya.

“Kajian juga mendapati parti harga siling iaitu DAP yang boleh secara maksimum menang 42 kerusi Parlimen selama ini namun menerusi sistem ini melonjak lebih 60 kerusi kerana pengundi mereka ramai di kawasan bandar di Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.

“Pola pengundian pada PRU lalu mereka diundi oleh satu kumpulan sahaja. Jadi DAP akan dapat kerusi banyak di Parlimen dan pengundi Melayu berasa sedih kerana parti-parti Melayu diwakili banyak parti.

“Saya melihat sistem PR ini tidak stabil kerana DAP akan berkata kepada dunia kerana mereka mendapati peratusan undi yang tinggi, mereka patut mendapat jawatan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian mengenai hasil kajiannya selepas perbincangan meja bulat tentang sistem PR anjuran PMN di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi MPN, Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilaporkan berkata, jawatankuasa itu akan mengusulkan kepada kerajaan untuk menggantikan sistem pilihan raya sedia ada iaitu FPTP kepada PR.

Dr. Muhammad Asri yang juga Pensyarah Jabatan Pengurusan Pentadbiran dan Politik di Universiti Malaysia menambah, isu dan permasalahan sistem PR apabila ia tidak menggalakkan parti melakukan kerjasama sebelum PRU tetapi bergabung selepas itu.

Jelas beliau, pertukaran kerajaan dan PRU awal akan berlaku apabila parti komponen menarik diri daripada kerjasama politik.

“Isu-isu bersifat kenegerian akan semakin sengit dimainkan untuk melepasi ambang lima peratus iaitu ketegangan kaum dan agama lebih meruncing daripada PRU sebelum ini.

“Politik negara akan didominasi oleh isu ‘orang bandar’ yang menyaksikan jurang luas antara luar bandar,” katanya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. itu pandangan seorang yg berfikiran extremis.. kena ingat perlembagaan malaysia juga jelas menyebut PM mestilah seorang Islam.. semua PM juga mesti mendapat persetujuan raja2 melayu.. adakah penulis menganggap raja2 melayu dah hilang akal? atau pun biar melayu seperti najib & zahid yg memerintah,, negara lingkup pun tak mengapa… asalkan melayu.. adakah majotiti orang melayu mendapat menafaat dari pemerintahan PM melayu seperti najib selama ini?

Comments are closed.