TERKINI : Hakim Tegur Peguam Rosmah Soal Saksi Perkara Sama Banyak Kali

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan hari ini menegur peguam yang membela kes rasuah projek membekalkan tenaga solar hibrid kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion kepada Jepak Holdings Sdn Bhd.

Peguam bela, Jagjit Singh mewakili isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang kini berhadapan dengan dua pertuduhan menerima rasuah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Hari ini yang masuk hari ke-5 perbicaraan kes tersebut dengan saksi pendakwaan, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Mahdzhir Khalid memberikan keterangan serta di soal balas oleh pasukan bela. Bagaimanapun,

Jagjit dilihat begitu ‘agresif’ dan beberapa mengulangi bertanya apakah sebenarnya ‘motif’ saksi memberikan keterangan terhadap tertuduh iaitu Rosmah.