Suspek termuda Covid-19 Britain dikesan berusia lapan bulan dan ibunya bimbang akan kehilangan anaknya.

LONDON – Ibu kepada seorang bayi yang menjadi mangsa termuda disyaki Coronavirus (COVID-19) di Britain melahirkan ketakutan akan kehilangan anak kesayangannya.

Bayi lelaki Stephanie Adlam bernama James yang baru berusia lapan bulan itu telah dirawat untuk kecederaan kaki oleh doktor yang disyaki suspek COVID-19.

Kini suspek telah menjalani ujian saringan dan sedang menunggu keputusan ujian menjelang Sabtu ini bagi menentukan sama ada dia atau bayinya memiliki virus berkenaan yang mengorbankan 1,710 nyawa di seluruh dunia setakat ini.

Stephanie, 28, kini dalam ketakutan kerana anaknya didapat menunjukkan simptom virus tersebut.

“Saya mengharungi saat yang menakutkan tanpa mengetahui sama ada anak saya mungkin mati kelak,” katanya.

Stephanie dimaklumkan oleh doktor yang anaknya James secara langsung telah memiliki kontak suspek doktor yang dijangkiti virus itu.

Sejak itu, bayi itu telah mengalami gejala yang teruk termasuk suhu teruk, batuk, hidung berair dan keletihan yang melampau.

Kedua-dua ibu dan bayi telah dikuarantin di kediaman mereka dan diperhatikan secara rapi di Flat Worthing di West Sussex yang mana kedua-dua mereka dilihat memakai topeng hidung dan mulut.

Stephanie mendakwa Hospital Worthing yang mana doktor yang merawat James membiarkan keluarganya dalam kebimbangan selepas dikesan berisiko dijangkiti virus itu.

“Kami dibiarkan tanpa diambil peduli oleh doktor yang merawat anak saya sebelum ini selepas dikesan terdedah dengan risiko Covid-19.

“Saya kini hidup tidak menentu memikirkan sama ada anak saya akan mati dan tidak seorang pun bersedia membantu saya.

“Kami langsung tidak diambil peduli hospital berkenaan, apatah tidak ditanya khabar atau merisaukan keadaan semasa kami atau bayi saya. Malah saya hanya diarah duduk dalam rumah dan memanggil 111 jika simptom bertambah teruk.

“Suhu badan James naik kepada 38.3 darjah selsius selain mengalami batuk, selsema berair begitu juga anak perempuan saya dan saya juga jatuh sakit,” tegasnya.-MalaysiaGazette