Teresa Kok

BRUSSELS – Malaysia tidak lagi bercadang untuk memfailkan saman terhadap terhadap sekatan Kesatuan Eropah (EU) mengenai biofuel berasaskan minyak kelapa sawit.

Sebaliknya Malaysia akan cuba meyakinkan Eropah untuk mengubah layanan mereka dalam kajian semula yang dijadualkan pada tahun 2021.

Suruhanjaya Eropah membuat kesimpulan tahun lalu bahawa penanaman kelapa sawit menyebabkan penebangan hutan yang besar-besaran dan tidak harus dipertimbangkan dalam sasaran penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

Oleh itu, diesel berasaskan minyak kelapa sawit tidak akan dianggap sebagai pembaharuan dan penggunaannya dalam bahan api pengangkutan akan dihapuskan dari tahun 2024.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok memberitahu Reuters bahawa Malaysia tidak meneruskan tindakan itu walaupun pernah merancang berbuat demikian.

Pada bulan Julai tahun lalu, Teresa memaklumkan akan memfailkan kes Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) pada November.

Indonesia melaksanakannya pada bulan Disember tetapi Malaysia tidak,” kata Teresa.

Tambah beliau: “Kami mempunyai niat tersebut, tetapi sebelum kami tiba di Eropah … kami tidak patut memfailkan saman itu,” kata Kok kepada Reuters di Brussels pada hari Khamis.

“Inilah yang kami maklumkan kepada Indonesia”.

Teresa yang bertemu dengan Pesuruhjaya Tenaga, Kadri Simson berkata, perlindungan hutan di Malaysia kekal melebihi 50% dan hasil minyak sawit sehektar melebihi pesaing-pesaingnya seperti minyak dari rapeseed atau kacang soya.

Penggunaan minyak kelapa sawit dalam EU telah menurun secara mendadak, namun penggunaannya sebagai biofuel telah meningkat.

Tahun lepas, blok itu menggunakan lebih daripada 7 juta tan, dengan kira-kira 65 peratus  untuk tenaga.

Indonesia dan Malaysia menghasilkan lebih daripada 85 peratus minyak kelapa sawit dunia.

EU merancang untuk membincangkan isu itu secara bersama-sama dan Teresa berkata, Malaysia mahu perbincangan itu  dipercepatkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast