Siti Mariam merupakan pemegang Kad OKU selepas terpaksa berjalan menggunakan tongkat.

KUALA LUMPUR – Terpaksa bergerak dengan menggunakan tongkat selama lima, ia tidak menjadi halangan kepada Siti Mariam Ismail untuk mencari rezeki dengan kudrat tulang empat keratnya.

Akibat kecederaan di kakinya sehingga memaksa beliau menjalani pembedahan sebanyak dua kali, wanita berusia 42 tahun itu akhirnya disahkan seorang pemegang kad OKU (orang kurang upaya).

Bermula dari situ, Siti Mariam berdepan liku hidup yang bukan sedikit terutamanya melibatkan hal kewangan. Ibu kepada dua anak itu sanggup menjual produk suplemen dengan sambil mengamalkan penggunaan selama tiga bulan dan dengan kuasa Allah SWT telah membolehkan dia berjalan semula secara normal.

Lantaran itu, dia menebal muka dengan meminjam wang daripada sahabat baiknya untuk memulakan bisnes dengan menjadi agen produk tersebut.

Siti Mariam mengambil langkah berani mengeluarkan produk suplemen sendiri.

Mengambil langkah lebih berani berani, dia mengambil keputusan dengan menggeluarkan produk yang sama namun diinovasikan yang dinamakan Cmary pada Ogos 2018.

Siapa sangka hari, daripada seorang OKU, Siti Mariam telah menjadi pengasas produk suplemen yang bertujuan untuk membantu masyarakat lain yang berdepan masalah kesihatan.

Wanita kelahiran Terengganu bukah sahaja semakin sihat dan ceria malah kembali bersemangat untuk berkongsi rahsia kejayaan kepada usahawan berminat.

Apatah lagi menerima makluk balas daripada testimoni positif daripada pelanggan sedia ada dan yang baru mencubanya juga membakar semangat untuk menarik lebih ramai pelanggan mencubanya.

Lebih membanggakan, produk yang dijual pada harga RM129 sebotol itu kini telah berada di dua buah farmasi iaitu Ideal Farmasi di Klang dan Olive Nine Farmasi di Subang Bestari.

“Saya tidak malu emperkenalkan produk Cmary kepada mereka dan ke mana sahaja saya pergi, pastinya ada bekalan produk di dalam beg.

“Niat saya apabila menceburi bidang perniagaan ini kerana saya mahu membantu orang ramai ,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Mendapat sokongan kuat daripada suami.

Siti Mariam memberitahu, dia yakin mampu pergi jauh kerana dapat membantu meningkatkan kualiti kesihatan dalaman dan luaran.

Jelas beliau, ia diformulasi melalui kajian dan pembangunan yang teliti menggunakan bahan utamanya, Glutathione dan kandungan protin ikan tilapia yang kaya dengan pelbagai vitamin dan garam galian serta kolagen.

“Suplimen ini dapat membantu meningkatkan kualiti kesihatan dalaman khususnya bagi wanita yang berdepan dengan masalah haid tidak teratur, membantu merawat sakit lutut dan gout dan juga membantu merawat jerawat sekaligus menaikkan seri muka.

“Ketika ini, Cmary diedarkan melalui platform atas talian dan disokong oleh 80 ejen dan dua stokis di seluruh negara,” katanya tersenyum.

Siti Mariam menambah, dia kini membuka peluang perniagaan berpotensi kepada usahawan berminat untuk menjadi stokis negeri dan ejen.

“Sehingga kini, syarikat telah mencatat jualan lebih daripada 7,000 botol dan berharap jumlah ini akan terus bertambah dengan unjuran perolehan jualan sehingga RM3.4 juta pada tahun 2020,” jelasnya.

Siti Mariam yakin produk Cmary dapat menembusi pasaran luar negara pada masa akan datang.

Beliau yakin untuk mencapai sasaran itu berikutan perancangan syarikat yang akan secara agresif menerokai bidang pemasaran offline dan atas talian pada tahun ini.

Lebih menarik, ia turut berjaya menembusi pasaran Indonesia dan Australia melalui inisiatif seorang doktor menawarkan suplimen tersebut di kliniknya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi pengedar, boleh menghubungi di talian 011 1005 4053 atau layari Facebook dan Instagramnya, cmary_hq. – MalaysiaGazette