tempoh 10 hari untuk man city mencabar penggantungan Uefa ke mahkamah sukan

LONDON – Manchester City diberi tempoh 10 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS)bagi mencabar keputusan digantung dua musim daripada aksi Liga Eropah.

Pada Jumaat lalu, Jawatankuasa Kawalan Kewangan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah mengenakan penggantungan dua musim terhadap skuad Pep Guardiola.

Dengan penggantungan itu, kelab England berkenaan tidak boleh beraksi dalam apa juga sukan dan aktiviti bola sepak peringkat Eropah selama dua tahun.

Malah, kelab berkenaan juga didenda 25 juta pound atas kesalahan melanggar Peraturan Kewangan Adil (FFP) yang ditetapkan.

Man City dalam kenyataan pada hari yang sama berkata, mereka akan meneruskan proses rayuan terhadap keputusan prejudis Uefa yang dianggap tidak adil.

Sementara proses rayuan kepada Mahkamah Arbitrari sukan berjalan, City juga perlu memastikan segala penggantungan yang ditetapkan Uefa itu ditangguhkan sehingga rayuan didengar, melainkan kelab paling berkuasa di dunia itu terpaksa menjalani hukuman itu.

Sekiranya Liga Perdana Inggeris bercadang untuk mengambil tindakan ke atas Man City, ia juga perlu menggunakan bukti yang digunakan Uefa untuk membuat keputusan bagi menjatuhkan hukuman tersebut. – MalaysiaGazette