Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyampaikan watikah pelantikan kepada YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia sebagai Pesuruhjaya Banci ke-6 dengan disaksikan oleh Senator Dr. Radzi Jidin, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi (kiri) dan Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (kanan).
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyampaikan watikah pelantikan kepada YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia sebagai Pesuruhjaya Banci ke-6 dengan disaksikan oleh Senator Dr. Radzi Jidin, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi (kiri) dan Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (kanan).

KUALA LUMPUR – Bagi merealisasikan program Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 – kerajaan melantik Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin sebagai Pesuruhjaya Banci yang keenam.

Pelantikan Ketua Perangkawan bagi menyelia pembancian dan memastikan perancangan serta hala tuju pelaksanaan banci berjalan dengan lancar.

“Melalui pewartaan tersebut juga selaras dengan Akta Banci 1960, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah telah memberi perkenan pelantikan Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia sebagai Pesuruhjaya Banci yang ke-enam untuk menyelia pembancian dan memastikan perancangan serta hala tuju pelaksanaan banci berjalan dengan lancar,” kata kenyataan media Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini.

Watikah pelantikan telah disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 12 Februari lalu.

Banci 2020 akan dilakukan pada 7 Julai depan sebagai penanda aras baharu dari segi kependudukan, pendidikan, kemudahan asas negara.

Bertemakan “Data Anda Masa Depan Kita”, dapatan banci yang komprehensif antaranya berkaitan pembasmian kemiskinan, kesamarataan dan kelestarian alam sekitar yang akan menjadi sumber utama dalam penyediaan rancangan pembangunan negara meliputi sosial, ekonomi dan pelbagai bidang utama lain untuk menjadi negara yang berdaya saing.

Dapatan itu akan merangkumi keperluan input pemantauan Agenda Pembangunan Mampan 2030.

Dianggarkan sebanyak sembilan juta tempat kediaman akan diliputi semasa Banci 2020 yang melibatkan lebih kurang 33.8 juta penduduk.

Sehingga hari ini, jumlan penduduk Malayai dicatatkan pada paras 32,640,790 orang. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast