TERKINI : Hentikan Berpolitik! Ayuh Kita Sokong Tun M Untuk Pimpin Negara – Azmin Ali

AMPANG – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kesal kerana terlampau banyak perkara yang dipolitikkan tanpa ada titik noktah termasuk dalam isu sokongan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa semua pihak supaya menghentikan budaya tidak sihat itu dan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam usaha-usaha mengukuhkan ekonomi negara agar rakyat dan negara mencapai kemakmuran.