TERKINI : Kerajaan Tiada Maklumat Sukarelawan UM Perlu Kendali Pelajar China – Wan Azizah

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak menerima makluman mengenai dakwaan sukarelawan Universiti Malaya dikehendaki mengendalikan penuntut China yang kembali meneruskan pengajian di semester baharu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan akan menyusuli perkara itu untuk sebarang tindakan lanjut. “Pihak universiti mesti mengambil tanggungjawab untuk beri perlindungan kepada sesiapa sahaja, sukarelawan mahupun staf,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada laporan sebuah akhbar tempatan mengenai sukarelawan UM yang dikatakan diminta menguruskan penuntut China di Kolej Kediaman 10. Laporan itu menyebut sejumlah 550 penuntut dari China yang pulang ke kampus itu mendaftar pada 5 Feb lepas, dan sukarelawan tidak diberi latihan khusus bagi mengendalikan penuntut China, terutamanya selepas isu COVID-19.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast