CYBERJAYA- Kerajaan menyediakan Geran Padanan Pendigitalan berjumlah RM500 juta selama lima tahun untuk menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mendigitalkan proses perniagaan mereka melalui langganan perkhidmatan digital.
Antara proses perniagaan tersebut adalah Sistem Jualan Elektronik (e-POS), Perencanaan Sumber Daya Perusahaan (ERP), Sistem Penggajian Sumber Manusia (CRM), pemasaran digital dan sistem perakaunan.