TERKINI : Mahkamah Benarkan “Najib dan Keluarga Periksa Barang Sitaan”

Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melanjutkan masa bagi melaksanakan perintah mahkamah yang membenarkan Najib Razak dan keluarga memeriksa barangan yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas timbalan pendakwa raya, Tengku Amir Tengku Abdul Rahman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya memfailkan permohonan untuk lanjutan masa pemeriksaan dalam tempoh 14 hari.

Antara barang yang disebut dalam kedua-dua notis itu ialah 315 beg tangan pelbagai jenama, 14 utas jam tangan dan 27 pasang kasut pelbagai jenama serta wang tunai dalam pelbagai mata wang termasuk RM537,000, Pound Sterling 2,700, Sri Lanka Rupee 2,870,000, RM187,750 dalam Ringgit Malaysia wang lama dan Pound Sterling 320,500.