TERKINI : Minta Maaf “Anwar Ibrahim Tak Boleh Berucap” di Himpunan220220 – Mohamad Nazrin

Pertubuhan Gabungan Kuasa Rakyat hari ini menegaskan bahawa Himpunan 220220 yang bakal dianjurkan pihaknya itu tiada kena-mengena dengan ‘Pelan B’ yang didedahkan seorang pemimpin PKR, semalam.

Jurucakap NGO itu, Mohamad Nazrin Norani menegaskan, perhimpunan aman itu bukan dianjurkan untuk kepentingan mana-mana pemimpin politik terutama dalam soal peralihan kuasa Perdana Menteri.

Himpunan kali ini tiada kaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau sesiapa (ahli politik). Kalau kawan-kawan Anwar nak datang, boleh tapi duduk jauh-jauh laa, sebab ini himpunan rakyat.

“Kalau Anwar nak berucap, minta maaf saya cakap awal-awal, saya yang akan pegang pembesar suara pada hari tersebut.