BRISBANE – Empat orang termasuk tiga kanak-kanak maut dalam sebuah kereta yang terbakar di sini.
Kesemua kanak-kanak itu dipercayai berusia di bawah 10 tahun.
Seorang lelaki turut ditemui maut.
Manakala seorang wanita melecur teruk dan sudah dibawa ke hospital, kata polis.
Polis Queensland percaya, kelima-lima mereka ada kaitan antara satu sama lain.
“Siasatan sedang dijalankan dalam kejadian yang mengerikan di Camp Hill ini, menurut Detektif Inspektor Mark Thompson.
Setakat ini terlalu awal untuk membuat kenyataan tetapi kereta itu terbakar sepenuhnya ketika polis tiba.
Polis menerima panggil telefon pada jam 8.30 pagi waktu tempatan (21:30 Selasa GMT).
Beberapa saksi memberitahu media, mereka nampak seorang wanita terbakar dalam kereta menjerit, “dia menyimbah saya petrol”.
Polis belum mengesahkan identiti semua mangsa. – MalaysiaGazette