Hobby Shack

KUALA LUMPUR – Pengedar alat mainan, koleksi hobi dan anak patung, Hobby Shack mengumumkan bekalan dari China dihentikan sementara berikutan wabak Corona yang dikenali Covid-19.

Pengumuman yang dibuat semalam menerusi laman rasmi Facebook Hobby Shack menyatakan “berikutan penularan wabak Corona, gudang kami di China masih ditutup pada 17 Februari 2020 sebagaimana notis terdahulu. Kami tidak tahu sampai bila mereka akan melanjutkan tempoh kuaranti.

Tempahan awal bagi bekalan mainan dari China atau Hong Kong sebelum ini dikatakan selepas Tahun Baru Cina akan berlanjutan hingga notis seterusnya.

Menerusi laman buku itu juga dilampirkan perbualan menerusi aplikasi Whatsapp dipercayai antara Hobby Shack dan pihak dari China yang menyatakan mereka sedang menunggu keputusan kerajaan dan akan dimaklumkan kemudian.

Bagaimanapun menerusi pengumuman terkini Hobby Shack yang dipetik daripada gedung mainan di China, memaklumkan jadual kerja penghantaran diteruskan semula pada 21 Februari ini tetapi mengikut barang tertentu sahaja.

Antara barang yang dihantar adalah sama ada menggunakan kurier atau penghantaran berskala kecil sahaja.

Ia berikutan penghantaran berskala besar sukar dilakukan ekoran penutupan banyak jalan menyebabkan lori besar tidak boleh melalui jalan terbabit.

Gudang terbabit menjangkakan operasi akan pulih semula dalam tempoh seminggu ke dua minggu ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast